Soalan Lazim (FAQ)
Maklumat penting mengenai keahlian, aduan dan kebajikan Kesatuan DH
Apa itu Kesatuan DH? +
Kesatuan DH ialah Kesatuan Kebangsaan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Semenanjung Malaysia (KKPPPTSM),
sebuah kesatuan rasmi yang mewakili pegawai pendidikan pengajian tinggi.
- Ditubuhkan pada 22 Oktober 2010
- Berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Pekerja, Kementerian Sumber Manusia
Tujuan utama:
- Memajukan kepentingan ahli
- Mengukuhkan perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan
Sijil Pendaftaran Rasmi
Siapakah yang layak menjadi ahli Kesatuan DH? +
💼
Warga DH — Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Semenanjung Malaysia yang berkhidmat dalam rangkaian pendidikan tinggi yang terlibat dengan skim perkhidmatan DH.
📝
Isi borang lengkap — Individu perlu mengisi borang permohonan keahlian yang disediakan di laman web.
✅
Pendaftaran sah — Setelah potongan yuran pertama dibuat melalui potongan gaji Biro Angkasa dan disahkan pihak Kesatuan.
Bagaimana cara mendaftar sebagai ahli? +
Dokumen & Yuran Pendaftaran:
Bagaimana cara mengisi borang Angkasa?
+
📌 Panduan Pengisian Borang Angkasa
Sila lengkapkan borang dengan tepat bagi memastikan proses potongan yuran ahli berjalan lancar melalui Biro Angkasa.
1.
Isi maklumat peribadi dengan lengkap dan tepat.
2.
Pastikan nombor pekerja & institusi adalah betul.
3.
Tandatangan pada ruangan yang disediakan.
4.
Hantar kepada penyelaras / pihak kesatuan untuk pengesahan.
Bagaimana saya boleh membuat aduan? +
Klik poster atau butang di bawah untuk membuat aduan melalui sistem Kesatuan DH.
Apakah manfaat menjadi ahli? +
🎯 MANFAAT MENJADI AHLI KESATUAN DH
1
Bantuan Kewangan & Kebajikan
- Bantuan Sara Hidup – ringankan kos harian
- Khairat Kematian – sumbangan kepada waris
- Bantuan Hospital – kos rawatan/kemasukan hospital
2
Khidmat Nasihat & Bantuan Guaman
- Isu majikan
- Disiplin kerja
- Hak pekerja
3
Perlindungan Insurans
- Rawatan hospital swasta tanpa tunai
- Perlindungan kemalangan
- Penyakit kritikal
4
Kad Pekerja Madani
- Diskaun sehingga 30%
- Digunakan di lebih 100 syarikat
- Faedah barangan keperluan
5
Sokongan & Jaringan Kesatuan
- Sokongan rakan sekerja
- Akses program & aktiviti kesatuan
“Kesatuan Membina Kekuatan”