KESATUAN KEBANGSAAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

"KESATUAN MEMBINA KEKUATAN"

☰
Soalan Lazim (FAQ)
Maklumat penting mengenai keahlian, aduan dan kebajikan Kesatuan DH
Apa itu Kesatuan DH? +

Kesatuan DH ialah Kesatuan Kebangsaan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Semenanjung Malaysia (KKPPPTSM), sebuah kesatuan rasmi yang mewakili pegawai pendidikan pengajian tinggi.

  • Ditubuhkan pada 22 Oktober 2010
  • Berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Pekerja, Kementerian Sumber Manusia

Tujuan utama:

  • Memajukan kepentingan ahli
  • Mengukuhkan perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan

Mudahnya: Kesatuan DH menjaga kebajikan dan kepentingan ahli serta menyokong pembangunan profesional mereka.

Sijil Pendaftaran Rasmi

Perakuan Pendaftaran Kesatuan DH
Siapakah yang layak menjadi ahli Kesatuan DH? +
💼
Warga DH — Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Semenanjung Malaysia yang berkhidmat dalam rangkaian pendidikan tinggi yang terlibat dengan skim perkhidmatan DH.
📝
Isi borang lengkap — Individu perlu mengisi borang permohonan keahlian yang disediakan di laman web.
Pendaftaran sah — Setelah potongan yuran pertama dibuat melalui potongan gaji Biro Angkasa dan disahkan pihak Kesatuan.
Bagaimana cara mendaftar sebagai ahli? +

Maklumat akan dikemaskini.

Bagaimana saya boleh membuat aduan? +

Klik poster atau butang di bawah untuk membuat aduan melalui sistem Kesatuan DH.

Apakah manfaat menjadi ahli? +

🎯 MANFAAT MENJADI AHLI KESATUAN DH

1

Bantuan Kewangan & Kebajikan

  • Bantuan Sara Hidup – ringankan kos harian
  • Khairat Kematian – sumbangan kepada waris
  • Bantuan Hospital – kos rawatan/kemasukan hospital

Memberi jaminan kebajikan kepada ahli dalam situasi kecemasan.

2

Khidmat Nasihat & Bantuan Guaman

  • Isu majikan
  • Disiplin kerja
  • Hak pekerja

Memberi perlindungan hak ahli sebagai penjawat awam.

3

Perlindungan Insurans

  • Rawatan hospital swasta tanpa tunai
  • Perlindungan kemalangan
  • Penyakit kritikal (contoh: kanser)
  • Pembedahan & dialisis

Perlindungan kesihatan lebih cepat & berkualiti.

4

Kad Pekerja Madani

  • Diskaun sehingga 30%
  • Digunakan di lebih 100 syarikat
  • Faedah barangan keperluan, servis kenderaan, promosi & latihan

Membantu kurangkan kos sara hidup.

5

Sokongan & Jaringan Kesatuan

  • Sokongan rakan sekerja
  • Akses program & aktiviti kesatuan

Mewujudkan kekuatan melalui perpaduan ahli.

“Kesatuan Membina Kekuatan”